Want your
own Fotopage?






 
MakanMakan's FotoPage

By: Makan Makan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 19-Jun-2009 20:14 Email | Share | Bookmark
Restoran Saba' Cyberjaya

 
 
 
 
 
 
 
 
 
RESTORAN SABA' CYBERJAYA


Sebuah restoran arab Yaman yang terletak di Cyberjaya. Bagi yang pertama kali nak cari restoran ini mungkin akan sesat larat sampai ke tasik atau station petronas yang cantik. Walaubagaimanapun kepada mereka yang sudah biasa dengan Cyberjaya sudah tentu tau tempat ini dan kenal sangat2 akan Restoran Saba', tapi sekian lama masih ada yang tersilap menyangkakan restoran ini menyediakan nasi beryani atau bariani.
Menu yang disediakan ialah hidangan nasi arab yang amat menyerupai nasi beryani, cuma perbezaanya ialah nasi arab ini tersangat sedapnya dihidangkan mengikut resipi dan citarasa exotic arab.



Satu-satunya landmark yang paling popular untuk menjejak restoran ini ialah Cyberjaya International College yang terletak di seberang jalan dan bertentangan dengan Cyberjaya bus terminal. Apabila berjaya jumpa college ini maka akan jumpa lah restoran Saba' yang terletak di block bangunan yang sama. Ruang meletak kereta tidak menjadi masaalah langsung dengan kawasan sekitar yang luas dan terang, kalau nak park kereta depan halaman restoran pun boleh tapi siapa cepat dia yang punya lah.



Setelah sesat larat hirup angin malam, kami akhirnya jumpa juga restoran ini, dalam hati aku berkata kalau tak sedap siap kau Malek !!, kau beriya2 promot restoran ni.
Kami sampai agak lewat, Malek bersama isteri dan anak sulung mereka dari MMU berdekatan sudah pun booking meja dan sudah pun mendapat sebuah meja yang agak selesa di kawasan sidewalk. Memang menjadi kebiasaan bagi pengunjung restoran ini yang lazimnya akan menempah meja terlebih dahulu untuk mengelak dari berdiri menunggu meja dikosongkan. Meja kami nombor 40.!! adoiiii ... agak2 berapa lama nak sampai pesanan ni ye. yang bestnya meja 40 ni jauh di luar, jauh dari hiruk-pikuk dan berangin di tepian corridor.

Restoran ini diilhamkan oleh seorang pemuda arab yang yang tidak dpt dipastikan dari mana asal usulnya, memilih Saba' sempena nama sejarah sebuah Kingdom di selatan dunia arab yang mana sekarang ini dipercayai negara yang bernama Yemen.

Variasi menu yang ditawarkan seperti yang biasa kita pernah lihat dan dengar seperti kebab, sandwich, shewarma dan sebagainya, tapi yang paling istimewa dan popular adalah nasi mereka.




Chicken Kabsah dan Lamb Hanith merupakan pilihan kami malam ini. Walaupun meja kami bernombor 40, surprisingly pesanan datang tidak lewat seperti yang dijangkakan memandangkan begitu ramai pelanggan yang sedia ada ketika itu serta beberapa kumpulan lagi yang baru sampai. Minuman pilihan pula adalah Barbican raspberry, apple, lemon dan peach. Kaum ibu pilih Tea pudina, sebab nak jaga mulut bagi wangi kot. Memang sedap raspberry barbican pilihan begitu juga teh pudina.



Memang tak dapat lah dinafikan, memang sedap seperti yang di war warkan.. nasi yang sedap dan lembut [ lembut bukan lembek ] chicken kabsah yg secukup2 empuk lembut dan enak, begitu juga lamb hanith lembut dan wangi. Aku bagi thumbs up kat chicken kabsah. Tidak ada kuah macam yang kedai mamak tuang dalam nasi kita tu, tiada kuah kurma atau dalca.Hidangan nasi disertakan dengan sos selera arab, sos yang tak perlu dihebahkan, bukan sos yg biasa pernah kita rasa, tapi rasa sos arab. nak tau macam mana rasanya,, kena cuba sendiri.

Gambar di bawah ni dirakamkan hanya lebih kurang 10 minit selepas acara bermula.



Mana taknya, keluarga Malek lapar letih menunggu, kami pula lapar sesat larat., maka dengan segera Malek membuat satu lagi pesanan Lamb Hanith size jumbo, Ahlan wasahlan ya marhabannnn. Kali ini mmg kekenyangan.



Shisha di atas meja ini sedang berposing bersama Malek.



Terima kasih kepada Malek dan keluarga kerana menjemput kami menjamu selera di restoran Saba' cyberjaya ini, sememangnya tidak mengecewakan. Lupa semua penat jerih marahkan drebar lori sayor yang terhegeh2 semasa kami sedang sesat jalan. Kena ada repeat nak cuba kebab, shewarma dan entah apa lagi yang lain lain tu sambil melihat ramai arab. Kawasan restoran dan persekitaran yang bersih serta tersusun rapi menambahkan lagi keyakinan kami terhadap prestasi restoran ini.

Bagi mereka yang inginkan makan malam nasi yang sedikit berlainan dari biasa, boleh lah berkunjung ke restoran ini dan mencuba nasi arab yang hampir menyamai nasi beryani ini dengan pilihan ayam dan kambing yang sememangnya lazat, tetapi bagi penggemar nasi beryani mamak mungkin akan merasa sedikit kecewa di sini kerana mereka akan mendapati nasi yang dihidangkan kering tanpa kuah dalca atau kurma serta jelatah dan sambal timun.
Presentation agak sedikit mengecewakan kerana saya menjangkakan sebagai sebuah restoran timur tengah yang sudah pun mendapat tempat dihati penjamu selera tempatan, sudah pasti, sekurang-kurangnya kerusi meja yang direbut ramai itu segak bergaya seperti yang berada di JM baryani Subang Jaya, bukan plastik seperti yang dijual murah oleh pasaraya mydin tu. Pelayan berbangsa arab pula hanya tahu mengambil pesanan semata2, perkataan lain dia tak faham. Walaupun demikian ianya tidak menggugat selera pada malam itu.
Ikut selera masing2, kalau nak merasa kena lah mencuba. Rambut sama hitam, kerinting layen layenn...



SABA' RESTAURANT
4800 SUITE, 0-2 GROUND FLOOR
BLOCK A1, JALAN PERDANA
CBD PERDANA CYBERJAYA
TEL: 03-83202544





Photographer : Nadira ( http://sabriena.fotopages.com )
Camera : Canon 450D
Model : Malek and me.

Next review. : RESTORAN KUDU BIN ABDUL - PENANG NASI KANDAR


p/s - sesiapa yg sudah pernah berkunjung ke restoran saba' sila tinggalkan komen dan pendapat anda secara ikhlas bagi memudahkan dan untuk pengetahuan mereka yang belum sampai kesana khasnya. terima kasih.

Salam,
Mesti seronok makan kat situ
Selain restoran saba' ada beberapa restoran arab lain di cyberjaya seperti baraka dsb, tapi restoran saba' ni paling sedap. Bagi saya chicken hanith paling sedap... kalau air memang tak miss barbican. Tapi kalau lamb khabsah, restoran Al-Rawsha kat Jalan Ampang lagi sedap.. pada pendapat saya ler... ikut selera masing2...

Satu lagi yg sedap Chicken atau lamb Oukdh (tak ingat ejaan) - ayam atau kambing cincang... cecah dgn roti... perghhhh!!!
Mon 22-Jun-2009 02:59
Posted by:kajas  - [Link]
Salam
Selamat hari bapa juga buat tuan rumah
Baru create fotopages khas untuk entry makan2 ye
Mon 22-Jun-2009 07:40
Posted by:meorjay meorjay65@yahoo.com  - [Link]
wah siap dengan peta sekali tu.....tak sesatlah untuk sesiapa yang baru pertamakali nak pergi. saya dah beberapa kali makan kat sini...memang tak mengecewakan dari segi makanan....next saya akan buat ulasan al Jaziera pulak.... Mon 22-Jun-2009 09:11
Posted by:Haniss  - [Link]
ADAKAH ANDA MENCARUM DI KWSP?

Salam,

Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh membuat pengeluaran Akaun 1 KWSP untuk pelaburan sehingga maksimum 20% daripada baki simpanan asas dalam Akaun 1.Apakah pilihan persaraan anda ? Sebelum membuat pilihan, fikirkan sejenak, Kos bagi 3 hidangan sehari dengan andaian kadar inflasi 4% setahun. Kos sara hidup kian meningkat & nilai matawang semakin kecil...

20 tahun lalu = RM10
Sekarang = RM25
20 tahun akan datang = RM54

Pilihan 1
Dengan caruman KWSP sebanyak RM1,000 sebulan dan purata pulangan konvensional 4.5% setahun, anda akan memperolehi RM388,124 dalam jangka masa 20 tahun.

Pilihan 2
Dengan caruman KWSP sebanyak RM1,000 sebulan dan anda membuat pengeluaran RM5,000 setiap suku tahun untuk melabur di unit amanah Islamik dengan purata pulangan 8% setahun, pada penghujung tahun ke 20 anda akan mempunyai sebanyak RM1,357,000.

Yang mana satu pilihan anda ?

YA! Saya memilih pilihan ke-2 untuk memastikan wang persaraan saya mencukupi !

Konsultan Untuk Dihubungi: Azian Hussin (014-2210 930)

*Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh membuat pengeluaran Akaun 1 KWSP untuk pelaburan sehingga maksimum 20% daripada baki simpanan asas dalam Akaun 1.
p/s: Terdapat juga plan pelaburan secara tunai dan simpanan bulanan.

Wassalam

Islamic Financial Consultant
MAAKL MUTUAL BERHAD
Plan Islamik untuk Persaraan, Pendidikan Anak, Simpanan dan Pelaburan

Azian Hussin
Unit Trust Advisor
MAAKL MUTUAL BERHAD
MAA TAKAFUL
HP# 6014-2210 930 / yanmaakl@gmail.com
Lebih lanjut, sila layari;
http://yanmaakl.blogspot.com/
http://yanzhus.fotopages.com
http://www.maaklmutual.com.my
*Bila orang awam menyedari ekonomi telah pulih dan mula ingin melabur, sebenarnya mereka sudah ketinggalan 6 bulan dibelakang.

WHY INVEST IN MAAKL MUTUAL?
WE HAVE ONE OF THE MOST EXPERIENCE SENIOR MANAGEMENT TEAMS IN THE INDUSTRY, WITH A TOTAL OF 88 YEARS COMBINED MANAGEMENT EXPERTISE. MORE IMPORTANTLY, WE WILL HELP YOU INVEST SUCCESSFULLY.
Mon 22-Jun-2009 12:50
Posted by:yan yanmaakl@gmail.com  - [Link]
>> welcome to fp... Mon 22-Jun-2009 17:47
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
salam

ha akak ada tengok restoran saba ni kat tv1...tapi masa tuh dah nak habis dah. tertanya jugak kat manalah restoran ni..rasa cam nak gi makan jek...bila ramai dah puji sedap tuh rasa keinginan ni membuak-buak..akhirnya jumpa kat sini...hehehehe akak nak cubalah makan kat sini nanti
Tue 23-Jun-2009 14:31
Posted by:Mira mirajohar@yahoo.com  - [Link]
ya setuju, presentation di ruang luar agak serba kekurangan dan sedikit mengecewakan namun tidak mengganggu suasana bersarapan berkeluarga. my pick is chicken kabsah half portion boleh makan berempat. harga amat patutan. i think you should also try al jazeera . thanks for sharing. Thu 25-Jun-2009 11:40
Posted by:ainaja  - [Link]
tokey restoran tu budak yaman nama sulaiman..ex uia..kerja dia ni dulu import shisha untuk kedai2 arab dan melayu kat sini..anyway aku rasa kambing sedap rawsha tapi harga murah kat sini pada rawsha..cuma nak pegi je jauh skit..
Thu 9-Jul-2009 04:25
Posted by:bro
salam tuan rumah selamat menyambut ramadan eid mubarrak. saja je nak bagitau awak yang saya sekeluarga dah pergi restoran saba ini berpandukan peta yang awak tempek tu. alhamdulillah sampai dgn selamat dn tak sesat langsung. kalau tiada peta agak keliru juga. Tapi kan, nasib baik kami sampai awal utk berbuka puasa, kalau lambat sikit dah full house. Thu 27-Aug-2009 13:57
Posted by:kasturi
siapa yg ada sakit kencing manis atau darah tinggi boleh makan kambing xde hal. nak tahu rahsianya, gunakan QUANTUM SCIENCE PANDANT! gerenti sakit lutut & sakit pinggang tiada lg. 0192385504 Fri 25-Sep-2009 10:00
Posted by:pakmanjutawan
kalau sesat ikut signboard yg tulis CBD Perdana.. mesti jumpa.
sy sesat sekali, kali kedua jumpa pekena lamb hanith & grilled chicken.. ermm... memang nak datang lagi. tapi sy ternampak pulak restoran saba ni kat jalan jelatik menuju setiawangsa, cawangan ke? satu hari nanti sy nak cuba plak kat situ.. cyberjaya jauh la plak nak drive kecuali kalau turun ke putrajaya boleh la singgah ke saba cyberjaya ni...
Fri 4-Dec-2009 06:22
Posted by:peminat kambing


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.